Ikuti Kami:

“Saya Dah Kenal Choi Siwon 20 Tahun Tapi Tak Pernah Lihat Kekasihnya” – Heechul SUJU

“Saya Dah Kenal Choi Siwon 20 Tahun Tapi Tak Pernah Lihat Kekasihnya” – Heechul SUJU

Siapa peminat K-Pop pastinya tahu bahawa Super Junior merupakan antara kumpulan yang membantu membawa popularitinya sehingga ke luar negara.

Sudah hampir 18 tahun dalam industri, kesemua ahli kumpulan itu dilihat lebih santai dan terbuka dengan kisah hidup mereka.

Terbaru, Heechul dan Choi Si-won berkongsi pelbagai cerita menerusi program “My Little Old Boy”. Malah mereka disertai oleh ahli program itu yang lain seperti Kim Jong-kook, Lee Sang-min dan Kim Jun-ho.

Heechul yang dikenali kerana tidak takut bersuara telah ‘memarahi’ dirinya sendiri,

Awak terlalu mencuba untuk jadi sempurna. Tak semua wanita sukakannya. Saya hanya kelihatan cemerkap. Lihatlah, saya masih gagal walaupun dalam usia 40 tahun.

kim heechul choi siwon

Respon Kim Jun-ho,

Setiap orang pasti akan ada kekurangannya.

Bercerita mengenai soal cinta, Kim Jong-kook sempat bertanya mengenai kekurangan Choi Si-won ketika bercinta. Jawabnya,

Apa yang terus terlintas di fikiran saya ialah, ‘Hanya pendapat saya yang betul’.

kim heechul choi siwon

Semasa lelaki itu ke luar sebentar, Heechul membuat pengakuan yang mengejutkan,

Saya dah kenali Siwon selama 20 tahun tapi saya tak pernah melihat kekasih atau wanita yang disukainya langsung.

Berahsia betul Choi Si-won!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...