Ikuti Kami:

“Saya Dah Buat Semua..” – Meski Tiada Dalam Musim 3, T.O.P Tetap Bersyukur Dapat Berlakon Dalam ‘Squid Game 2’

“Saya Dah Buat Semua..” – Meski Tiada Dalam Musim 3, T.O.P Tetap Bersyukur Dapat Berlakon Dalam ‘Squid Game 2’

Selepas hampir 8 tahun, T.O.P akhirnya tampil membuat penampilan rasmi pertamanya.

Baru-baru ini, ramai kru dan pelakon termasuklah T.O.P telah menghadiri acara pelancaran “Squid Game 3”, yang diadakan di Seoul.

Khususnya, ini merupakan penampilan pertama rasmi lelaki itu di Korea Selatan, setelah hampir 8 tahun sejak kes ganjanya pada 2017 yang lalu.

Meskipun hanya tampil dalam musim kedua, T.O.P akui dia tidak menyesal kerana tidak menjadi sebahagian dari musim ketiga. Luahnya,

Saya dah melakukan semua perkara buruk yang saya boleh dalam musim kedua dan telah dihukum untuk itu. Jadi, saya tidak begitu terikat untuk tampil dalam musim ketiga.

t.o.p squid game

Selain itu, lelaki tersebut juga bersyukur kepada pengarah Hwang Dong-hyuk kerana memberi dia peluang untuk terlibat dalam projek hebat ini. Katanya,

Saya banyak belajar.

Sementara itu, “Squid Game 3” telah pun mula bersiaran menerusi Netflix.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Herald POP

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...