Ikuti Kami:

“Saya Dah Bekerja Keras..” – Sudah Lama Aktif, Rain Dedah Mahu Bersara Dari Industri

“Saya Dah Bekerja Keras..” – Sudah Lama Aktif, Rain Dedah Mahu Bersara Dari Industri

Rain telah meluahkan perasaannya buat peminat serta penonton “Season B Season”.

Baru-baru ini, Rain telah mengeluarkan episod terkini rancangan YouTube miliknya “Season B Season”. Di mana, dalam video tersebut dia telah dilihat pergi ke lokasi bangunan lama JYP Entertainment.

Selepas mengimbas kembali kenangan lama, Rain telah berkata,

Saya sekarang banyak habiskan masa saya dengan berfikir sama ada saya mengikuti perkembangan zaman sekarang atau adakah sudah tiba masanya untuk saya menamatkan segalanya?

Tambahnya,

Saya sangat bersyukur apabila diberi peluang untuk menjadi selebriti tapi saya sering tanya balik diri saya adakah saya telah bekerja keras untuk memenuhi jangkaan ramai?

Sambungnya lagi,

Sekarang ada banyak lagi selebriti yang orang ramai boleh lihat. Jadi, saya selalu fikir adakah perlu untuk saya kekal aktif dalam industri ini.

rain-yt

Selepas video itu dimuat naik, rata-rata peminat telah meninggalkan komen. Antaranya ialah,

Saya harap awak bahagia.

Saya nak awak kekal aktif lebih lama.

Awak merupakan penyanyi solo terbaik di industri ini.

Awak seseorang yang hebat!

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   wikitree

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...