Hwang Jung-eum telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka selepas mengaku di mahkamah di mana dia telah menyalahgunakan dana syarikat miliknya sendiri untuk melabur dalam mata wang kripto.
Tulisnya,
Saya memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan dengan perkara yang memalukan ini. Saya menubuhkan dan mengurus agensi hiburan semata-mata untuk kerjaya saya. Saya memiliki 100% syarikat itu, dan tiada selebriti lain pernah bernaung di bawahnya. Semua pendapatan datang daripada aktiviti saya sendiri.
Wanita itu menjelaskan bahawa pada tahun 2021, beliau dinasihatkan oleh seseorang yang rapat dengannya untuk melabur dalam kripto menggunakan dana syarikat dengan harapan untuk mengembangkan lagi agensi itu.
View this post on Instagram
Jelasnya lagi, dia sudah pun menyertai agensi baru kini dan memutuskan hubungan dengan syarikat lama. Walau bagaimanapun, dia telah membayar balik sebahagian besar dana yang digunakan dalam bentuk pembayaran sementara dengan mencairkan aset peribadi, dan sedang dalam proses membayar baki jumlah tersebut.
Semoga yang baik-baik sahaja.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.