Ikuti Kami:

“Saya Cuma Nak..” – Lisa BP Dedah YG Entertainment Tak Sokong Aktiviti Solonya?

“Saya Cuma Nak..” – Lisa BP Dedah YG Entertainment Tak Sokong Aktiviti Solonya?

Lisa BLACKPINK sekali lagi telah mencipta rekod hebat sebagai artis K-Pop wanita.

Terbaru, saluran media Vanity Fair telah menerbitkan ‘2025 The Hollywood Issue’, yang turut menampilkan Lisa sebagai artis yang menempa nama di Hollywood.

Dalam satu temu bual yang dilakukan bersama majalah itu, Lisa turut membincangkan tentang penubuhan agensinya sendiri iaitu LLOUD, selepas keluar YG Entertainment. Menurutnya,

Ia adalah satu risiko yang besar. Saya hanya nak ada pasukan yang benar-benar memberi tumpuan kepada saya dan kepada projek solo saya. Saya ingin mendapat sokongan apabila saya berfikir ‘Oh, saya mahu melakukan sesuatu.’

Luahan penyanyi “New Woman” itu khususnya telah mencetuskan kemarahan peminat pada YG Entertainment, yang dipercayai tidak memberi sokongan buat kerjaya solo Lisa sebelum ini.

Disebabkan itu, dia memutuskan untuk membuka syarikatnya sendiri dan menguruskan aktiviti solonya dengan cara tersendiri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Vanity Fair

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...