Pada 19 Januari, JTBC telah memuat naik satu video, menampilkan bintang utama JTBC “Snowdrop”, Ji-soo BLACKPINK dan Jung Hae-in.
Dalam video temu bual itu, Ji-soo sendiri menjelaskan bagaimana dia memainkan wataknya dalam drama itu. Dia berkata,
Saya cuba untuk menjadi Young-ro (nama watak dalam ‘Snowdrop’) sebaik mungkin. Saya cuba untuk memahami situasi yang dia hadapi dari sudut pandangannya. Saya mahu dia membesar sebagai seorang yang berdikari dan yakin, ketika dia menghadapi keadaan yang sukar itu.
Ji-soo turut bercerita tentang tekanan yang dirasainya ketika memainkan watak yang sedang jatuh cinta, dalam kisah cinta tragis ini. Dia mengakui,
Situasi menjadi sukar untuk Young-ro dan juga untuk saya sendiri. Pada penghujung drama, Young-ro melalui masa yang sangat sukar. Ia memberi saya banyak perkara untuk difikirkan semasa saya menyusun langkah seterusnya.
Apabila ditanya tentang rakan pelakonnya Jung Hae-in, Ji-soo berkongsi,
Saya rasa kami berjaya. Kami banyak berbual dan berkongsi pendapat semasa penggambaran, jadi ianya menyeronokkan. Dia adalah pasangan terbaik yang pernah ada. Terima kasih kepadanya, saya dapat memberi tumpuan semasa penggambaran dalam suasana yang mesra.
Apa pendapat korang tentang lakonan Ji-soo dalam “Snowdrop”?