Ikuti Kami:

“Saya Cuba Tahan..”- Kim Junghyun Kongsi Persiapan Bawa 2 Watak Dalam ‘Kokdu: Season Of Deity’

“Saya Cuba Tahan..”- Kim Junghyun Kongsi Persiapan Bawa 2 Watak Dalam ‘Kokdu: Season Of Deity’

Siap sedia semua untuk kemunculan semula Kim Jung-hyun menerusi drama “Kokdu: Season of Deity”!

Untuk pengetahuan, “Kokdu: Season of Deity” ialah drama perubatan fantasi yang mengisahkan tentang dewa mati Kokdu, yang pergi bercuti setiap 99 tahun, dan bekerja sebagai doktor pelawat selepas bertemu doktor wanita yang melayannya seperti seorang hamba.

Dalam drama ini, Kim Jung-hyun akan memainkan dua watak iaitu sebagai malaikat maut Kokdu dan doktor pelawat Do Jin-woo. Menerusi temu bual yang dilakukan baru-baru ini, pelakon itu mengimbas kembali waktu kali pertama dia membaca skrip untuk drama berkenaan dengan berkata,

Tanggapan pertama saya tentang projek itu ialah ia agak mengelirukan. Mungkin saya fikir begitu kerana keperibadian Kokdu. Saya tertarik dengan projek dan watak itu kerana daya tarikan mereka yang tidak dapat diramalkan.

kim junghyun

Kemudian, Kim Jung-hyun turut menjelaskan ciri-ciri berbeza antara dua watak Kokdu dan Do Jin-woo dengan berkongsi,

Kokdu sangat dinamik dan Do Jin-woo lebih statik jika dibandingkan dengan Kokdu. Jadi, saya cuba menggambarkan ekspresi Kokdu lebih besar daripada apa yang saya bayangkan, sedangkan saya cuba menahan diri sebaik mungkin apabila menggambarkan Do Jin-woo. Oleh itu, perbezaan dibuat antara dua watak bukan sahaja dari cara berpakaian tetapi juga dalam nada suara mereka.

Dalam pada itu, “Kokdu: Season of Deity” akan mula bersiaran pada 27 Januari ini menerusi MBC dan Viki.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...