Kalau cakap pasal kumpulan wanita paling popular sekarang, nama BLACKPINK pastinya tidak akan terkecuali.
Terbaru pada 19 Februari, Ji-soo telah muncul sebagai tetamu dalam program radio Park Myung-soo, bagi mempromosikan album solo terbarunya.
Ketika sedang berborak, Park Myung-soo bercakap tentang populariti BLACKPINK di peringkat antarabangsa dan kemudiannya bertanya kepada wanita itu,
Adakah bahasa Inggeris awak dah bertambah baik sekarang?
Jawab Ji-soo dengan tegas,
Tidak. Namun, saya cuba sedaya upaya untuk berkomunikasi.
Kemudian, penyanyi “earthquake” itu menjelaskan bahawa ketika temu bual BLACKPINK bersama media barat, dia akan membiarkan ahli lain untuk bercakap dan apabila di Korea, Ji-soo yang akan bertanggungjawab untuk mengetuai sesi wawancara.
Takpe Ji-soo, boleh berlatih lagi!