Ikuti Kami:

“Saya Cuba Elak Makan Malam Walaupun Lapar” – Rosé BLACKPINK Dedah Rahsia Badan Langsing

“Saya Cuba Elak Makan Malam Walaupun Lapar” – Rosé BLACKPINK Dedah Rahsia Badan Langsing

Baru-baru ini, Rosé BLACKPINK tampil membincangkan bagaimana dia mencapai bentuk fizikalnya yang sempurna dan tips dalam mengambil gambar yang bagus. Korang ada tengok tak?

Melalui saluran YouTube rasmi majalah fesyen Elle Korea, satu video temu bual bersama Rosé telah disiarkan yang bertajuk “WE ASK ROSÉ, How to take a best mirror selfie”. Menerusi video tersebut, idola wanita itu membincangkan petua mengambil gambar, malah turut berkongsi nama panggilan untuk ahli BLACKPINK di dalam telefonnya, serta rahsia di sebalik tubuh langsingnya.

Dalam sesi temu bual itu juga, Rosé turut menjawab beberapa soalan lain seperti nama panggilan ahli kumpulannya yang disimpan di dalam telefon bimbit serta bagaimana dia mendapat bentuk tubuh badan yang menjadi idaman semua wanita. Dia berkata,

Muka saya sering menjadi sangat bengkak. Saya suka makanan pedas dan saya suka makan pada waktu malam, jadi saya cuba untuk tidak makan makanan pedas sebelum penggambaran, dan cuba untuk tidak makan lewat malam. Saya cuba untuk tidak makan sama sekali.

Apabila saya bekerja, saya mula menginginkan tteokbokki atau apa-apa makanan pedas, tetapi muka saya akan menjadi bengkak, jadi saya makan sayur-sayuran. Ia agak sukar, tetapi saya akan terus pergi makan sebaik penggambaran tamat.

rose

Tips itu bagaimanapun masih sukar baginya namun dia tetap berusaha mengikuti tips tersebut supaya dia dapat memperoleh bentuk tubuh badan yang cantik demi menjaga kualiti kerjayanya selain membentuk amalan sihat.

Kalau korang, rasanya boleh ke elak makan waktu malam? Agak susah kan? Tapi apa salahnya kan, sekurangnya ia dapat menjamin kesihatan kita!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...