Ikuti Kami:

“Saya Cium Dia..” – Terlalu Akrab, Netizen Kritik Hubungan ‘Intim’ Lee Jihoon & Adik Perempuannya

“Saya Cium Dia..” – Terlalu Akrab, Netizen Kritik Hubungan ‘Intim’ Lee Jihoon & Adik Perempuannya

Jarang kan kita melihat hubungan yang akrab antara adik-beradik kandung?

Dalam program “Strong Heart” yang bersiaran baru-baru ini, Lee Ji-hoon telah berkongsi pelbagai cerita mengenai hal peribadinya termasuk kisah hubungan rapat dengan adik perempuannya.

Malah ramai yang terkejut apabila lelaki itu mengakui bahawa dia pernah mencium adiknya di pipi ketika dia sedang tidur. Hal itu berlaku apabila gadis yang berusia 5 tahun lebih muda darinya itu pulang sambil menangis kerana tidak melepasi temuduga untuk menjadi pramugari. Dek rasa kasihan, Lee Ji-hoon memberikan ciuman pada wajah adiknya yang bengkak.

Kata hos, Lee Ji-hoon ialah seorang abang yang ‘tidak realistik’, menambah bahawa mereka tidak akan pernah menerima tindakan kasih sayang intim sedemikian dengan saudara mereka.

Akuinya, mereka sebenarnya tidak rapat dahulu malah pernah berselisihan faham dalam jangka masa yang lama namun hubungan itu mula akrab apabila ibu mereka jatuh sakit yang serius. Ketika itu barulah keduanya sedar yang mereka hanya ada satu sama lain sebagai ahli keluarga selain ibu bapa.

lee jihoon

Bukan itu sahaja, Lee Ji-hoon mendedahkan bahawa dia sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan adiknya kini. Sebagai hadiah perkahwinan, pelakon itu tidak hanya merancang untuk membayar semua kos untuk upacara tetapi juga mendapatkan sebuah kereta untuk adiknya.

Walau bagaimanapun, kebaikan ini disertai dengan rasa cemburu, pelakon itu mendedahkan yang dia berasa cemburu terhadap bakal ipar lelakinya, kerana sekarang bakal suaminya adalah keutamaan yang lebih tinggi untuk adiknya. Sebelum ini, Lee Ji-hoon mengatakan dia akan makan malam dengan adiknya secara berkala, tetapi sekarang dia biasanya bersama dengan kekasihnya setiap kali dia mencadangkan untuk makan bersama.

Walaupun pelakon itu menceritakan kisah hubungannya dengan adiknya dengan cara yang jujur, netizen memberikan reaksi pra-kontra mengenainya. Manakala beberapa orang memberikan pendapat bahawa hubungan yang rapat membolehkan aksi intim di antara kedua-dua mereka, walaupun yang lain merasakan bahawa ia agak berlebihan.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...