Ikuti Kami:

“Saya Cintakan Awak” – Drama Diminati Jungkook BTS, Pengarah ‘A Business Proposal’ Luah Rasa Teruja

“Saya Cintakan Awak” – Drama Diminati Jungkook BTS, Pengarah ‘A Business Proposal’ Luah Rasa Teruja

Bukan sahaja disukai peminat K-Drama namun “A Business Proposal” turut berjaya menawan hati seorang idola popular ini.

Baru-baru ini, Jungkook BTS mengakui bahawa dia ada menonton drama romantik komedi berkenaan.

Ianya berlaku apabila dia bertanya menerusi ciri ‘Ask A Question’ di Instagram Story mengenai apakah yang patut dilakukan sekarang dan seorang peminat menyuruhnya marathon “A Business Proposal”. Jawabnya,

Saya dah tonton semuanya.

jungkook bts

Melihatkan respon Jungkook, pengarah drama berkenaan iaitu Park Seon-ho tidak dapat menyorokkan rasa gembiranya. Kongsinya menerusi Instagram Story,

Selepas melihat perkongsian Jungkook, saya mahu menunjuk dengan segera, jadi saya mengambil tangkapan skrin dan memuat naiknya. Jungkook, saya cintakan awak. Terima kasih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 박선호 (@seonho5052)

Pengarah itu turut berkongsi mengenai sesuatu istimewa berkaitan Jungkook yang akan muncul di dalam satu babak “A Business Proposal” akan datang,

Dalam salah satu episod akan datang, akan ada dialog berkata ‘Seorang lelaki kacak seperti Jungkook.’ Jangan terkejut sangat apabila menonton drama ini.

Dedah Park Seon-ho, penulis drama ini merupakan peminat fanatik BTS. Dek kerana perkongsian Jungkook berkenaan, penulis tersebut sentiasa menikmati kehidupannya.

Malah pelakon “A Business Proposal” iaitu Kim Se-jeong dan Seol In-ah meluahkan rasa gembira melihatkan keterujaan pengarah berkenaan.

Wah! Seronok betul.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...