Ikuti Kami:

“Saya Cemburu” – Seronok Lihat Rakan Sudah Ada Anak, Kim Jongkook Luah Keinginan Mahu Anak Sendiri

“Saya Cemburu” – Seronok Lihat Rakan Sudah Ada Anak, Kim Jongkook Luah Keinginan Mahu Anak Sendiri

Meskipun sudah menginjak usia 44 tahun, tetapi Kim Jong-kook masih belum lagi berjumpa dengan calon yang sesuai untuk menamatkan zaman bujangnya. Tetapi menerusi interaksinya bersama rakan lain yang sudah berkahwin, ternyata lelaki itu sepertinya teringinkan anak sendiri.

Dalam episod terbaru program “My Ugly Duckling”, Kim Jong-kook dilihat telah menghabiskan masa dengan rakan baiknya iaitu pelakon Cha Tae-hyun dan penyanyi Hong Kyung-min yang turut membawa anak perempuannya iaitu Ra-won.

kim jongkook mahu anak

Menjemput mereka datang ke rumahnya, Hong Kyung-min mendedahkan bahawa anak-anaknya semua cantik tetapi mereka langsung tak mendengar kata. Bahkan Cha Tae-hyun juga tak berhenti berkongsi cerita mengenai anaknya, Soo-chan. Mendengarkan cerita mereka itu, Kim Jong-kook meluahkan isi hatinya yang paling dalam,

Cemburu betul apabila mendengar kalian menceritakan kisah anak-anak.

Kemudiannya, ibu Ra-won telah datang untuk mengambil kanak-kanak itu pulang kerana waktu tidurnya sudah menghampiri. Bagaimanapun, wanita itu terkejut melihat jumlah coklat yang dihabiskan oleh anaknya itu, keadaan tersebut menyebabkan lelaki berbadan sasa itu berkata,

Saya perlu cepat-cepat ada anak.

kim jongkook mahu anak

Apabila ditanya sama ada dia mahu berkahwin selepas melihat kanak-kanak, Kim Jong-kook membalas,

Sebelum ini, saya tak fikir sangat mengenai perkahwinan. Tetapi sejak tahun lepas, saya mula risau mengenai hal memiliki anak. Awak semua sering cakap penat dan stres selepas berkahwin kerana anak-anak tetapi sekurang-kurangnya kalian sedang membina sesuatu. Saya asyik berasa seperti disekat daripada melakukan sesuatu.

Dengan itu, Hong Kyung-min berkongsi cerita mengenai perkahwinan.

Saya berjumpa isteri saya pada penghujung Februari dan berkahwin pada November. Tak ada kayu ukur tetap. Tae-hyun bercinta dengan isterinya selama 10 tahun sebelum berkahwin.

Balas Kim Jong-kook,

Saya cemburu melihat Cha Tae-hyun. Untuknya, sepertinya tiada siapa mengenali orang ini melainkan saya.

kim jongkook mahu anak

Kongsi Hong Kyung-min pula,

Apabila berkahwin, anda belajar kesemuanya mengenai pasangan anda dalam masa setahun ke dua tahun.

Menurut Kim Jong-kook, dia tidak suka mengenali seseorang menerusi pertemuan yang diaturkan dan lebih suka sekiranya dia menjumpai seseorang itu secara natural.

Semoga Kim Jong-kook berjumpa jodoh sejatinya tak lama lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...