Pelakon dan penyanyi, Suzy mendedahkan cabaran yang dihadapi sebagai selebriti.
Suzy baru-baru ini telah muncul di dalam satu rancangan YouTube “Salon Drip 2” di mana dia telah menceritakan tentang percutiannya bersama dengan kakaknya baru-baru ini.
Katanya,
Baru-baru ni saya pergi London dengan kakak saya. Sebab kakak saya selalu sibuk bekerja, jadi saya kosongkan masa saya untuk bawa dia bercuti ke tempat yang dia nak sangat pergi.
Berasa terkejut, pengacara rancangan tersebut iaitu Jang Do-yeon bertanyakan jika ada yang mengenalinya di sana.
Bekas ahli miss A itu membalas,
Ada beberapa peminat yang mengenali saya dan bertanya soalan adakah awak Suzy? Tapi saya nafikannya dan balas ‘Oh tidak saya bukan Suzy’. Orang itu kemudiannya berkata saya ingat awak Suzy tadi sebab awak kelihatan seperti dia.
Malah, pelakon Yang Se-jong juga berkata bahawa dia pernah menghadapi situasi yang sama seperti Suzy.
Adunya sambil ketawa,
Saya pernah naik satu kapal terbang ni dan walaupun saya pakai topeng muka, tapi orang sebelah saya dapat cam saya dan tanya adakah saya Yang Se-jong. Bila saya jawab tidak, dia terus mesej rakannya dan kata Yang Se-jong tak mengaku yang dirinya Yang Se-jong.
Dalam masa yang sama, Suzy dan Yang Se-jong telah kembali dalam drama keluaran Netflix yang terbaru iaitu “Doona!” yang menceritakan kisah pelajar kolej bernama Won-jun yang berjumpa dan berkenalan dengan Doona, bekas penyanyi idola wanita di satu rumah sewa.
Betul la orang kata yang bukan mudah nak alami kehidupan sebagai selebriti ni.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.