Ikuti Kami:

“Saya Bukan Jenis Lelaki Yang Disukai Wanita..” – Gong Yoo Dedah Personaliti Sebenarnya

“Saya Bukan Jenis Lelaki Yang Disukai Wanita..” – Gong Yoo Dedah Personaliti Sebenarnya

Jarang membuat kemunculan dalam rancangan hiburan, Gong Yoo baru-baru ini telah menjadi tetamu dalam program kendalian Yoo Jae-suk iaitu “You Quiz On The Block”.

Semasa temubual tersbut, Jo Se-ho telah menanyakan apa perasaan pelakon itu hidup sebagai ‘Gong Yoo’,

Saya tak pernah memikirkan mengenai hal tersebut. Terdapat beberapa imej dan fantasi yang mengikuti saya kerana projek dan watak pasa masa lalu, tapi bagi Gong Ji-chul (Gong Yoo) dan bukan Gong Yoo, saya hanyalah normal. Tiada yang menonjol.

gong yoo di you quiz on the block

Apabila ditanya mengenai personaliti sebenarnya, jawab Gong Yoo,

Saya agak berfikiran kosong berbanding apa yang orang lain sangkakan dan saya juga tidak begitu menunjukkan rasa kasih sayang kerana ia membuatkan saya geli.

Lelaki itu kemudiannya membandingkan dirinya dengan watak Choi han-kyul dalam “Coffee Prince”,

Choi Han-gyul adalah sangat baik dengan keluarganya. Ibu saya sampaikan menyuruh saya menjadi seperti watak itu dalam kehidupan sebenar.

Tambah lelaki itu lagi, dia bukanlah jenis lelaki yang disukai oleh wanita,

Saya bukannya seorang yang berani dan menonjol apabila bercinta. Saya lebih selesa mengakui rasa cinta sekiranya saya dalam salah satu watak kerana ia adalah lebih selesa memikirkan bahawa ia bukanlah saya. Menjadi Gong Ji-chul sebenar adalah sangat susah.

gong yoo di you quiz on the block

Jelasnya lagi,

Sebab itu saya suka berlakon. Saya boleh menjadi watak yang bukannya saya dan melakukan apa sahaja yang tidka boleh dilakukan oleh saya dalam dunia sebenar kerana malu dan segan. Saya berasa puas apabila dapat melakukan perkara itu.

Lain betul Gong Ji-chul dan Gong Yoo kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...