Ikuti Kami:

“Saya Buat Apa Yang Saya Mahu..” – Han Sohee Dedah Sebab Tindik Bibir & Pipi

“Saya Buat Apa Yang Saya Mahu..” – Han Sohee Dedah Sebab Tindik Bibir & Pipi

Siapa yang mengenali Han So-hee, pastinya tahu yang wanita itu sering mengekspresikan diri mengikut kemahuan sendiri.

Dalam satu siaran langsung menerusi Instagram Live di akaun Instagramnya, pelakon wanita tersebut telah bercerita lebih mengenai sebab dia mengambil keputusan untuk menindik bibir dan pipi,

Bibir saya sedikit bengkak kerana tindik ini, jadi saya tak boleh bercakap sangat hari ini.

Jelasnya lagi,

Kulit saya nipis jadi agak sakit apabila menindik bibir tapi tindik di pipi tak berapa sakit sangat. Saya boleh membuka tindik ini apabila bekerja. Saya menindik kerana tak pernah lakukannya sebelum ini. Kalau tindik ini akan membantu kerja saya, saya terfikir untuk tidak membuangnya.

han sohee

Han So-hee juga meluahkan,

Saya dengar tindik untuk jangka masa yang lama akan meninggalkan parut. Tapi saya tetap melakukan apa yang saya mahukan dan menjaga parut itu pada masa yang sama. Seronok menindik. Apabila luka ini sembuh, saya akan menggantikan tindik bibir ini dengan cincin.

Hebat lah Han So-hee!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...