Adakah Kang Han-na mahu menyertai “Running Man” sebagai ahli baru?
Dalam temubual di rancangan radio “Park Myungsoo’s Radio Show”, pelakon itu mengulas lebih mengenai hal berkenaan.
Park Myung Soo berkata,
Kang Han-na sering muncul dalam ‘Running Man’ di SBS. Malah, ada permintaan untuk menjadikannya ahli tetap.
Jawab pelakon itu,
Saya berusaha keras, tapi saya rasa mereka telah menyuntingnya dengan baik dan menjadikannya lebih menarik.
Dia menambah,
Saya memang minat dengan kemunculan di program hiburan. Saya lakukan dengan penuh semangat, jadi mungkin itu yang membuatnya kelihatan menyeronokkan. Ada satu adegan di mana saya dan Haha terkejut di Switzerland, dan saya rasa itu agak lucu.
Kan best kalau betul-betul Kang Han-na sertai “Running Man”?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.