Ikuti Kami:

“Saya Berpuas Hati..” – Bawa Watak Pelarian, Song Joongki Dedah Ingin Pamer Sisi Baru Buat Peminat

“Saya Berpuas Hati..” – Bawa Watak Pelarian, Song Joongki Dedah Ingin Pamer Sisi Baru Buat Peminat

Song Joong-ki telah meluahkan perasaan terhadap filem terbarunya yang akan datang “My Name is Loh Kiwan”.

Pada 27 Februari, satu sidang media bagi filem terbaru Netflix iaitu “My Name Is Loh Kiwan” telah dijalankan di sebuah hotel. Di mana, pelakon utama bagi filem tersebut, Song Joong-ki telah berkongsi pandangannya mengenai filem itu.

Kata Song Joong-ki,

Ini merupakan kali pertama saya berlakon menggunakan dialek dari awal sehingga habis dan saya sebenarnya dah lama nak cuba perkara ini.

Tambahnya,

Skrip filem ini lain daripada yang lain, dan saya juga dapat tunjukkan sisi baru saya yang lebih segar buat peminat. Tambahan pula, berlakon dengan menggunakan bahasa Korea Utara sangat menyeronokkan dan saya sangat berpuas hati dengan filem ini.

loh-kiwan

Sementara itu, “My Name is Loh Kiwan” merupakan filem yang mengisahkan tentang seorang pembelot Korea Utara yang lari ke Belgium dan berjumpa serta jatuh cinta dengan seorang wanita yang kehilangan hala tuju hidupnya.

Filem yang dinantikan ramai ini akan mula ditayangkan di Netflix bermula 1 Mac ini.

Tak sabar nak tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...