Ikuti Kami:

“Saya Berjaya Buat Ibu Berhenti Kerja” – Kang Taeoh Bantu Keluarga Dek Kejayaan ‘Extraordinary Attorney Woo’

“Saya Berjaya Buat Ibu Berhenti Kerja” – Kang Taeoh Bantu Keluarga Dek Kejayaan ‘Extraordinary Attorney Woo’

Kejayaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah dicapai. Terkadang usaha yang perlu diberikan perlu melalui bertahun sebelum ianya direalisasikan.

Seperti Kang Tae-oh yang berjaya menempa nama selepas 10 tahun di dalam industri kini. Membuat pemilihan yang bijak, “Extraordinary Attorney Woo” menjadi penyelamat buat lelaki itu.

Bukan sahaja bersyukur atas kejayaan sendiri, bekas ahli 5UPRISE tersebut turut memastikan agar kehidupan keluarganya turut menikmati hasil kejayaan itu.

kang taeoh

Dalam sebuah temubual, Kang Tae-oh mengakui bahawa ayahnya bekerja sebagai pemandu bas di Incheon manakala ibunya bekerja di sauna kini.

Kongsinya,

Terima kasih keran populariti dan kasih sayang yang diberikan buat ‘Extraordinary Attorney Woo’, saya mampu memberikan hadiah yang tidak dapat disampaikan hingga kini.

Malah Kang Tae-oh mendedahkan bahawa dia telah mengubahsuai rumah ibu bapanya selain dapat membuat ibunya berhenti kerja kerana masalah sakit belakang.

kang taeoh

Tambahnya lagi,

Ibu saya bekerja di kaunter sauna di mana dia memberikan kunci loker kepada pelanggan. Belakangnya selalu sakit, jadi dia sering duduk. Saya beritahunya baru-baru ini, ‘Berhenti kerja dan dapatkan rawatan.’ Itu ialah misi saya (untuk membuatkan dia berhenti kerja) sebelum memasuki tentera dan saya sangat gembira kerana berjaya mencapainya.

Selayaknya pelakon seperti Kang Tae-oh berjaya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...