Ikuti Kami:

“Saya Berhati-Hati..” – Terkesan, Jo Boah Ulas Penangguhan ‘Knock Off’ Dek Kontroversi Kim Soohyun

“Saya Berhati-Hati..” – Terkesan, Jo Boah Ulas Penangguhan ‘Knock Off’ Dek Kontroversi Kim Soohyun

Sempena tayangan perdana drama Korea terbarunya “Dear Hongrang” di Netflix, pelakon Jo Bo-ah telah menghadiri sesi temu bual bersama media di mana beliau turut mengulas mengenai dramanya yang ditangguhkan, “Knock Off”.

Jo Bo-ah telah dipilih sebagai watak utama wanita bergandingan dengan pelakon Kim Soo-hyun dalam drama “Knock Off” yang diterbitkan oleh Disney+, dan pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2025. Namun, tayangan drama tersebut telah ditangguhkan tanpa tempoh yang ditetapkan susulan kontroversi besar yang melibatkan Kim Soo-hyun dan mendiang pelakon Kim Sae-ron.

Apabila ditanya tentang drama berkenaan, wanita itu kelihatan berhati-hati dan mengakui bahawa berbicara tentang projek yang sedang bermasalah itu mungkin menyakitkan hati sesetengah pihak,

Saya tahu ramai yang ingin tahu, tetapi saya memang perlu sangat berhati-hati untuk bercakap tentang ‘Knock Off’. Ini kerana apa yang saya katakan mungkin secara tidak sengaja menyakiti seseorang, jadi saya lebih rela untuk tidak memberi sebarang komen. Apa yang boleh saya katakan ialah ‘Knock Off’ merupakan projek di mana semua yang terlibat telah mencurahkan tenaga dan kasih sayang yang mendalam.

kim soohyun

Malah, ketika ditanya tentang bulan madunya (yang terpaksa dilupakan kerana penggambaran ‘Knock Off’), Jo Bo-ah tetap berhati-hati dan memberikan jawapan yang sangat ringkas di mana dia tiada perancangan lagi untuk berbulan madu setakat ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   SPOTV News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...