Ikuti Kami:

“Saya Berdiam Diri” – Dikecam Dek Pergaduhan Han Sohee & Hyeri, Ryu Junyeol Akui Kesilapan

“Saya Berdiam Diri” – Dikecam Dek Pergaduhan Han Sohee & Hyeri, Ryu Junyeol Akui Kesilapan

Akhirnya Ryu Jun-yeol memberikan komen mengenai kontroversi yang melibatkan Hyeri dan Han So-hee sebelum ini.

Dalam satu temubual istimewa untuk drama “The 8 Show”, Ryu Jun-yeol sempat berkongsi mengenai projeknya selain menjawab soalan peribadi.

Sebelum ini, lelaki itu terpalit kontroversi apabila dikatakan telah ‘bermain cinta’ dengan bekas kekasih, Hyeri dan kekasih pada ketika itu, Han So-hee. Malah kedua wanita itu sempat memerli satu sama lain di media sosial semasa isu itu berterbangan.

Komen Ryu Jun-yeol,

Saya mendengar banyak cerita melalui artikel dan merasakan banyak kritikan serta pengkhianatan dari orang ramai.

han sohee ryu junyeol hyeri

Jelasnya, ramai yang sepertinya berasa tertipu dengan imej yang dipaparkan kini berbanding dengan personaliti yang dibawa ketika debut dahulu.

Saya meluangkan banyak masa untuk memikirkan apa yang saya lakukan salah atau apa yang saya terlepas pandang.

Dalam pada itu, Ryu Jun-yeol turut mengakui bahawa dia agak kecewa kerana perbincangan untuk membintangi naskhah “Delusion” dengan Han So-hee dek kontroversi berkenaan.

Harap jadi pengajaran..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Donga

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...