Ikuti Kami:

“Saya Berasa Sedih..” – Selepas 5 Tahun, Lee Junki & IU Dedah Ending Sebenar ‘Scarlet Heart’

“Saya Berasa Sedih..” – Selepas 5 Tahun, Lee Junki & IU Dedah Ending Sebenar ‘Scarlet Heart’

Sudah hampir 5 tahun berlalu, tapi nampaknya masih ramai yang belum ‘move on’ dengan ending drama bersejarah “Scarlet Heart”.

Baru-baru ini, pelakon utamanya Lee Jun-ki dan IU telah meleraikan teka-teki peminat mengenai ending drama tersebut yang sehingga kini membuatkan ramai tidak tentu arah.

Bercerita mengenai kemungkinan adanya musim kedua drama popular itu, IU menjelaskan agak mustahil secara realitinya namun dia pastinya akan seronok sekiranya ianya menjadi kenyataan.

lee junki

Mereka juga sempat berkongsi mengenai babak terakhir yang tidak pernah diriliskan kepada umum disebabkan oleh perubahan arah drama tersebut.

Kata Lee Jun-ki,

IU menayangkan lakonan emosional paling hebat pada hari tersebut. Saya terfikir bagaimana seseorang boleh menangis sesedih itu. Sehingga sekarang, saya pasti akan menangis apabila menonton lakonan emosional dalam babak tersebut.

ending sebenar scarlet heart

IU juga tidak terlepas memuji rakan pelakonnya,

Saya juga berasa sedih kerana tidak dapat menunjukkan babak Wang So dan Hae-soo berjumpa kepada peminat, namun visual awal hebat betul. Dalam babak zaman moden, di mana awak mengenakan rambut pendek dan berpakaian sut. Babak awak menghulurkan saya sapu tangan – sangat rugi ianya tidak ditayangkan di televisyen. Peminat awak mesti ‘menggila’ sekiranya babak itu ke udara.

Nampaknya, kita ‘dirompak’ daripada kebahagiaan dek perubahan ending “Scarlet Heart”. Bayangkan kita tidak perlu runsing sehingga 5 tahun sekiranya pengarah dan pihak produksi kekal dengan skrip ending asal “Scarlet Heart”.

Puas hati tak dengan pendedahan IU dan Lee Jun-ki ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...