Ikuti Kami:

“Saya Benci Jadi Cantik” – Netizen Simpati Mendiang Sulli Ulas Digelar ‘Produk’, Isu ‘Tak Pakai Bra’

“Saya Benci Jadi Cantik” – Netizen Simpati Mendiang Sulli Ulas Digelar ‘Produk’, Isu ‘Tak Pakai Bra’

Mungkin jarang didedahkan, tapi selebriti terutamanya di Korea sering memendam perasaan dek tuntutan kerja yang tegang.

Dalam dokumentari “Persona: Sulli” yang diriliskan di Netflix baru-baru ini, penonton dapat menyingkap segala isi hati yang terbuku di dalam hati selebriti itu. Walaupun mengambil masa bertahun-tahun untuk dihasilkan dan penggambaran yang gagal dihabiskan kerana pemergian Sulli, namun ramai yang meluahkan simpati dek ketulusannya.

Sentiasa memuat naik apa yang dimahukannya dan memperjuangkan semangat feminisme, mendiang mengakui bahawa dia tidak kisah dengan kritikan ramai,

Lelaki selalu berbual dengan tenang mengenai seks atau keinginan dan apa yang mereka tidak berpuas hati, Apabila lelaki berterus terang hal sebegini, mereka dipuji. Tapi apabila wanita melakukannya, mereka dikecam tak sopan atau terlalu degil. Walaupun saya tak bersetuju dengan sesetengah wanita tapi saya menyokong mereka kerana mampu mengekspresikan pendapat tersendiri.

persona sulli

Mengenai isu ‘tak memakai bra’, komen Sulli,

Jikalau satu dunia mengkritik dan saya percaya bahawa saya tak melakukan kesalahan, saya hanya akan berpegang teguh dengan pendirian sendiri. Kadang kala, saya tahu saya akan diboikot tanpa sebab sahih dan apa yang jadi, saya hanya terfikir, ‘Saya dah agak’. dan terus melakukan apa yang disukai saya.

Sulli juga memeranjatkan penonton apabila mengakui bahawa dia benci kerana menjadi cantik,

Kata mereka, ‘Awak dilahirkan cantik, jadi awak tak perlu berkata apa-apa. Hanya duduk di antara orang-orang ini dan gembirakan mereka. Mesti akan suka awak. Penampilan awak akan membuatkan mereka gembira’. Mereka akan selalu berkata begitu dan saya tak tahu bagaimana mahu membalasnya. Saya sering terfikir mengenai penampilan saya. Jikalau saya mengatakan saya tak suka jadi cantik, ada yang akan meluat dengan saya.

persona sulli

Sulli turut mengulas mengenai sentimen umum mengenai selebriti di mana mereka tidak dianggap seperti ‘manusia’,

Kali pertama saya menyertai industri hiburan, ada sesuatu yang saya percaya dan semua orang asyik bercakap benda yang sama iaitu ‘Awak ialah produk’ dan ‘Awak kena jadi produk terbaik dan berkualiti untuk umum’. Kalau pun mereka tak memanggil saya sebagai produk, mereka akan melayan saya sepertinya. Saya ada apa yang mereka mahukan dan saya perlu takut kehilangan ‘kualiti produk’.

Sedihnya bila teringat mendiang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...