Ikuti Kami:

“Saya Benci Bila..” – Kenapa Netizen Bantah Kim Seonho & Go Younjung Berlakon Bersama?

“Saya Benci Bila..” – Kenapa Netizen Bantah Kim Seonho & Go Younjung Berlakon Bersama?

Nampaknya, ada yang kurang gemar Go Youn-jung berkemungkinan akan bergandingan dengan Kim Seon-ho dalam sebuah drama. Tapi sebab apa?

Sebelum ini, Go Youn-jung dan Kim Seon-ho telah menerima tawaran untuk terajui drama “Can Love Be Translated” dan keduanya masih dalam perbincangan kini.

Bagaimanapun, jarak umur antara mereka — Go Youn-jung 27 tahun, Kim Seon-ho 37 tahun, telah menyebabkan netizen berharap agar kedua pelakon itu akan menolak tawaran tersebut.

Bahkan, ada juga yang menyebut kembali kontroversi lalu Kim Seon-ho, di mana dia dituduh memaksa bekas teman wanitanya untuk menggugurkan kandungan.

kim seonho go younjung

Komen netizen,

Mereka bercinta bersama? Bukankah perbezaan umur terlalu banyak?

 

Saya benci apabila watak utama mempunyai perbezaan umur yang besar dalam drama..

 

Setiap kali saya melihat Kim Seon-ho, saya hanya boleh berfikir tentang skandal itu. Dia hanya patut berlakon dalam drama bukan romantik.

 

Mereka beza 10 tahun?! Tidak, Youn-jung…

Hmm, apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...