Sepertinya Kang Hoon memang ‘masuk’ betul dengan program “Running Man”!
Dalam episod terbaru program itu, kesemua ahli telah menjalani perlumbaan ‘Makan-Makan untuk Menjaga Kesihatan di Musim Panas’ di mana Kang Hoon menetapkan jumlah wang sebanyak 50,000 won untuk membeli makan tengah hari bagi semua ahli.
Kang Hoon berkata secara jujur kepada pihak produksi,
Sebabkan saya belum terima bayaran ‘Running Man’, rasanya lebih bermakna jika menggunakan wang yang diperoleh di sini. Jadi, saya rasa ia adalah jumlah yang sesuai.
Kim Jong Kook menambah sambil bergurau,
Kami tidak makan pun tak apa, rasa kasihan pula.
Pandai Kang Hoon bergurau!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.