Meskipun bukan watak utama, tak dinafikan peranan Jo Yu-ri telah meninggalkan kesan dalam “Squid Game” musim ketiga.
Bagi yang belum tahu, Jo Yu-ri membawa watak sebagai Kim Jun-hee iaitu seorang gadis 23 tahun yang hamil.
Menerusi saluran YouTube Netflix Korea, Jo Yu-ri berkongsi persediaan yang dia lakukan untuk merakam adegan melahirkan anak, iaitu salah satu babak yang paling diingati dalam siri tersebut. Kongsinya,
Saya banyak belajar dari ibu saya tetapi orang di sekeliling saya beritahu untuk tak fikir sangat dan melakukannya tanpa perlu berfikir. Saya pun tak tahu bagaimana saya boleh melakukannya. Saya hanya menggaru dinding je.
Selain itu, Jo Yu-ri juga turut dibantu oleh Kang Ae-sim untuk menjayakan adegan berkenaan. Luahnya,
Sebagai seseorang yang telah melahirkan anak, saya mengajar Jo Yu-ri. Melahirkan anak adalah seperti medan perang. Saya perlu tekan perut si ibu dan beri arahan ‘Satu, dua, tiga, tolak!’.
Mantap kan lakonan Jo Yu-ri?