Pelakon Choo So-jung atau Exy WJSN berkongsi perasaannya setelah menamatkan penggambaran drama “The Divorce Insurance.”
“The Divorce Insurance” ialah sebuah komedi romantik pejabat yang menampilkan pasukan pembangunan produk inovatif di sebuah syarikat insurans, yang terdiri daripada golongan ‘otak terbaik’. Mereka mencipta polisi insurans untuk menangani fenomena penceraian – salah satu ‘bencana’ paling hangat masa kini.
Dalam drama ini, Choo So-jung membawakan watak Jo Ah-young, seorang pekerja pusat penyiasatan tuntutan di Plus Insurance yang telah berikrar untuk tidak berkahwin.
“The Divorce Insurance” bermula dengan rating tontonan sebanyak 3.2% untuk episod pertamanya – satu permulaan yang baik. Namun, rating menurun dari semasa ke semasa sehingga mencapai 0.9% dalam episod ke-11, menjadikannya drama tvN Isnin-Selasa pertama dalam 7 tahun yang mencatatkan rating serendah itu sejak “About Time”.
View this post on Instagram
Choo So-jung menjawab sekiranya rating itu mengecewakan,
Hanya dengan diabadikan sebagai watak Ah-young pada usia saya yang sekarang pun sudah cukup membanggakan.
Dia menyambung,
Bagi saya, yang paling berharga dalam apa-apa yang kita lakukan adalah proses dan insan yang kita temui. Keputusan bukanlah sesuatu yang berada sepenuhnya dalam kawalan kami. Semua hubungan yang terjalin melalui drama ini dan perjalanan yang dilalui cukup bermakna dan saya sangat berpuas hati.
Nak buat macam mana kan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.