Sudah menemui penonton menerusi pelbagai naskhah popular, tak terkejutlah kalau Jung Hae-in merupakan antara pelakon yang menerima pendapatan lumayan.
Baru-baru ini, Jung Hae-in telah muncul sebagai tetamu dalam program “You Quiz on the Block”, untuk menceritakan tentang pelbagai perkara.
Dalam siaran itu, pengacara Yoo Jae-suk ada juga menyebut,
Selepas awak berjaya menempa nama, saya dengar bahawa awak telah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada pengurus awak, yang telah bersama awak sejak debut.
Sebagai respon, Jung Hae-in dengan malu menjawab,
Kami telah melalui banyak perkara bersama dan dialah yang jaga kerja saya di pejabat. Dia dah bersama dengan saya sejak debut lagi. Saya juga memberikannya jam tangan sebagai hadiah.
Sambungnya lagi,
Bila saya mula memperoleh dan simpan wang, orang pertama yang saya mahu hadiahkan sesuatu adalah dia, sebelum ibu bapa saya.
Mesti dah macam keluarga kan!