Ikuti Kami:

“Saya Ambil Masa Hampir 2 Tahun Untuk Siapkan” – Ahn Jaehyun Kongsi Buku Pertama Tulisannya

“Saya Ambil Masa Hampir 2 Tahun Untuk Siapkan” – Ahn Jaehyun Kongsi Buku Pertama Tulisannya

Selepas bercerai dengan bekas isterinya, Gu Hye-sun, kini Ahn Jae-hyun kembali sebagai seorang penulis. Wah, lain macam!

Baru-baru ini, Ahn Jae-hyun tampil dalam satu sesi temu bual bersama Singles Magazine dan berkongsi mengenai cabaran baru yang diceburi. Sesi temu bual “What’s The Title Of The Book?” itu merupakan sesi temu bual khas bersama Ahn Jae-hyun yang melancarkan bukunya sendiri.

Ahn Jae-hyun memulakan sesi temu bual tersebut dengan menyapa penonton.

Kali ini, saya akan menyapa anda semua sebagai penulis, bukan model, pelakon mahupun penghibur. Bersama dengan saya, adalah beberapa buku yang sesuai untuk musim kali ini. Ianya adalah buku seni dan sangat berinspirasi. Ini adalah buku yang terbaik untuk mendapat ilham terbaru. 

ahnAhn Jae-hyun menyambung,

Saya suka akan buku yang bergambar ataupun yang mempunyai lukisan tanpa penjelasan panjang. Anda boleh membeli gambar bungaan atau buku yang berkisahkan maklumat bunga di kedai buku berdekatan. Korang keluar dapatkan bunga, letakkan di meja dan bau sendiri bunganya. Ataupun, cuba cipta memori terbaru dengan memberi bunga kepada rakan anda sebagai hadiah. 

ahnSebagai seorang penulis, dia turut memperkenalkan buku pertamanya. Dia berkata,

Buku ini merupakan satu janji bagi saya. Saya cabar diri dan membuat janji melalui buku ini. Ia mengambil masa hampir 2 tahun untuk saya habis menulis buku ini. Saya sukakan buku sehinggakan saya boleh membacanya satu per satu. 

Di akhir sesi temu bual tersebut, Ahn Jae-hyun menyifatkan dirinya dengan beberapa perkataan. Dia berkata,

Semua orang pasti ada ketakutan tersendiri atau kisah yang menyayat hati. Akan ada perkara yang perlu kita lalui walaupun hanya sekali sebagai orang dewasa. Saya ingin menjadi dewasa seperti Damien, yang sentiasa memberi saya semangat dan harapan untuk terus melangkah ke depan. 

ahnBerkongsi mengenai personaliti dirinya sebagai seorang MBTI, Ahn Jae-hyun berkata,

Ianya memang semula jadi sebegitu. Saya sebenarnya kurang percaya. Saya hanya ingin menjadi seorang yang merupakan ‘kunci’ bagi orang lain. Seorang yang boleh selesaikan masalah dengan baik.

Wah, Ahn Jae-hyun betul-betul memberi inspirasi untuk kita rajin membaca kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...