Ikuti Kami:

“Saya Alami Waktu Sukar Kini, Sebab Itu Saya Potong Rambut” – Song Jihyo

“Saya Alami Waktu Sukar Kini, Sebab Itu Saya Potong Rambut” – Song Jihyo

Segala gerak-geri Song Ji-hyo nyata menjadi perhatian ramai memandangkan dirinya yang popular di serata Asia.

Bahkan isu rambutnya yang dipotong pendek turut menjadi perdebatan ramai sehingga menjadi topik trending berminggu lamanya.

Menerusi episod terbaru “Running Man”, seorang penilik nasib profesional telah pun melawat kesemua ahli untuk menyampaikan jangkaan nasib mereka untuk tahun 2022.

Ungkap penilik nasib itu, Song Ji-hyo merupakan bunga yang mekar di tengah-tengah musim pana. Meskipun cantik namun ianya dikelilingi pisau yang mampu melukakannya

Sebab itu, awak seorang yang sensitif dan banyak menyalahkan diri sendiri. Keyakinan diri awak semakin banyak berkurang. Dalam 2020 dan 2021, pokok itu hampir patah jadi awak agak kurang bernasib baik. Awak mahu mengubah segalanya dan tuah akan datang pada tahun ini.

song jihyo

Dalam pada itu, lelaki itu turut menyatakan bahawa Song Ji-hyo akan menerima tawaran yang besar pada 2022 nanti,

Cabaran baru yang perlu dihadapi awak akan datang nanti. Saya juga boleh nampak Netflix dan syarikat luar negara gah. Sesuatu akan berlaku yang akan membuatkan ramai bertepuk tangan dan memberikan penghargaan.

Ungkap pelakon wanita itu,

Agak sukar sekarang ini. Sebab itu, saya potong rambut kerana saya mahu perubahan.

Penilik nasib itu juga mengatakan bahawa Song Ji-hyo mempunyai naluri yang agak buruk mengenai lelaki,

Song Ji-hyo berjumpa dengan lelaki tak semenggah kerana dia tidak mempunyai naluri yang baik. Dia merupakan seorang yang naif. Dia tidak akan curang dan hanya setia dengan seorang lelaki sahaja. Apabila seorang seperti ini jatuh cinta, dia tidak boleh berfikiran secara logik. So-min agak bagus dalam menilai orang, dia boleh merasainya.

song jihyo

Pun begitu, Kim Jong-kook dan Ji Suk-jin mencelah dan mengatakan bahawa Jun So-min sebenarnya turut bercinta dengan lelaki yang kurang baik.

Dalam pada itu, Kim Jong-kook menyampuk dan mengakui bahawa Song Ji-hyo pernah bercinta dengan lelaki yang kurang baik.

Betul itu, dia pernah keluar dengan lelaki yang sangat jahat.

Semoga Song Ji-hyo temui kebahagiaan dalam 2022 nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...