Ikuti Kami:

“Saya Akui..” – Dikritik Asyik Bawa Orang Sama Sertai Program Hiburan, Yoo Jaesuk Beri Respon

“Saya Akui..” – Dikritik Asyik Bawa Orang Sama Sertai Program Hiburan, Yoo Jaesuk Beri Respon

Mungkin ada yang perasan namun Yoo Jae-suk sering menyertai program hiburan dengan beberapa personaliti TV yang rapat dengannya.

Dalam episod terbaru “Pinggyego”, pengacara No 1 korea itu telah bercerita lebih mengenai dakwaan bahawa dia hanya mengambil pengikut ‘Yoo-Line’ untuk menyertainya di mana gosip itu semakin menebal apabila Joo Woo-jae secara tiba-tiba dibawa masuk sebagai ahli baru “How Do You Play”,

Saya perlu menyatakan kebenaran, sesiapa yang beberapa kali menyertai rakaman bersama saya terus disebut sebagai ‘Yoo-Line’ dan penonton mungkin berfikiran seperti itu. Sejujurnya, saya memang baik dan rapat dengan Joo Woo-jae. Tapi saya tak akan membawa seseorang memasuki program yang sama hanya kerana kami rapat.

joo woojae pinggyego

Perjelas Joo Woo-jae,

Saya juga ingin menegakkan kebenaran, dalam banyak-banyak rakaman yang saya sertai, hanya satu sahaja bersama Yoo Jae-suk. Sejujurnya, saya di bawah Kim Suk.

Yoo Jae-suk juga menjelaskan bahawa dalam dunia hiburan Korea, rata-rata pelawak hanya menggunakan ‘line’ di bawah sesiapa ini sebagai gurauan dan usikan sahaja. Tak bermakna ia sebenarnya wujud dalam realiti.

yoo jaesuk pinggyego

Kalau rancangan hiburan, bukan kira rapat sahaja. Perlu ambil kira keserasian antara ahli juga kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...