Ikuti Kami:

“Saya Akan Nangis..” – Majlis Kahwin Selesai, Ucapan Choi Sihun Buat Ailee Buat Ramai ‘Bersemut’!

“Saya Akan Nangis..” – Majlis Kahwin Selesai, Ucapan Choi Sihun Buat Ailee Buat Ramai ‘Bersemut’!

Selepas 9 bulan mendaftarkan perkahwinan, Ailee dan Choi Si-hun akhirnya telah melangsungkan majlis mereka pada 20 April.

Terbaru pada 22 April, Choi Si-hun telah menulis ucapan di Instagramnya, meluahkan perasaan buat isterinya, Ailee.

Tulis lelaki itu,

Ia benar-benar seperti mimpi. Semasa saya melihat pengantin perempuan berjalan dari jauh, saya fikir jantung saya akan pecah.

Apabila pengantin perempuan yang cantik datang ke arah saya, saya rasa seperti saya akan menangis. Saya pun tidak tahu bagaimana hari itu berlalu.  Cuaca sangat sempurna dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan yang datang. Saya tidak akan melupakan rasa terima kasih ini sepanjang hayat saya.

Sambungnya lagi,

Kepada isteri tercinta, Lee Ye-jin, yang paling saya sayangi di dunia, kisah cinta kami akan berterusan selama-selamanya dan hari ini, kami telah menambah satu lagi episod yang indah.

Elele sweet la Choi Si-hun ni! Semoga mereka terus berkekalan bahagia.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Ten Asia

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.