“Saya Akan Kembali Dengan Berita Baik” – Lee Mijoo Akan Debut Sebagai Penyanyi Solo?
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Sedang sibuk dalam dunia rancangan hiburan kini namun, pasti ada peminat yang menantikan kemunculan Mi-joo sebagai penyanyi.
Pada episod 17 Mei program radio “Cultwo Show”, Lee Mi-joo telah tampil sebagai tetamu. Semasa berborak, DJ Kim Tae-kyun menyatakan,
Saya dengar ada berita baik sebagai pengerusi jawatankuasa promosi muzik solo Lee Mi-joo. Saya dengar awak akan mempromosikan lagu solo tidak lama lagi.

Bekas ahli LOVELYZ itu menjawab,
Jangan dengar terlalu serius. Ia masih rahsia. Belum ada apa-apa yang diputuskan. Sila tunggu sebentar. Saya akan kembali dengan berita baik.
Korang teruja tak nak tunggu penyanyi Lee Mi-joo?
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




