Ikuti Kami:

“Saya Akan Kembali” – 2 Tahun Undur Diri, Pengarah Choi Bopil Ulas Keadaan ‘Running Man’ Kini

“Saya Akan Kembali” – 2 Tahun Undur Diri, Pengarah Choi Bopil Ulas Keadaan ‘Running Man’ Kini

Dengar cerita, ramai yang merindukan kehadiran Choi Bo-pil sebagai pengarah “Running Man”?

Bagi yang tidak mengetahui, lelaki itu memilih untuk meninggalkan program berkenaan kepada Choi Hyung-in bagi memulakan penggambaran dengan idea baru di bawah SBS. Tahun lalu, dia telah mengemudi program “No Math School Trip” sekaligus digelar sebagai ‘pengarah bintang’ saluran berkenaan dek idea yang bernas.

Dalam episod terbaru ‘GYM JONGKOOK’, Kim Jong-kook telah menjemput kesemua pengarah “Running Man” kini dan pengarah lama tersebut untuk bersembang mengenai pelbagai perkara.

Antara soalan yang ditanya buat Choi Bo-pil ialah bagaimana perasaannya menonton “Running Man” kini,

Disebabkan saya pernah melaluinya, jadi saya boleh mengagak apa yang akan terjadi apabila menonton di televisyen. Di mana bahagian Kim Jong-kook marah, ekspresi wajah yang mana telah disunting dari tayangan

choi bopil running man

Jawabnya mengenai keserasian kesemua ahli yang pengarah Choi Hyung-in yang kian membaik kini,

Walaupun dalam keadaan hanya ada 5 ahli, tapi semua berjalan lancar.

Dalam pada itu, Choi Bo-pil mengakui bahawa dia sedang dalam perancangan untuk membawa rancangan baru,

Saya akan kembali, kami sedang merencana idea program baru.

Selamat berjaya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...