Ikuti Kami:

“Saya Akan Elak..” – Rain Dedah Sebab Jarang Kongsi Tentang Isteri & Anak Pada Umum

“Saya Akan Elak..” – Rain Dedah Sebab Jarang Kongsi Tentang Isteri & Anak Pada Umum

Pasti ramai yang tahu kan bahawa Rain sudah pun berkahwin dan mempunyai dua orang anak kini.

Baru-baru ini, Rain telah terlibat dalam satu temu bual khas, selepas tamat drama lakonannya iaitu “Red Swan”.

Selain bercakap tentang drama itu, lelaki tersebut turut menceritakan sebab dia jarang berkongsi tentang kehidupan peribadinya, seperti isteri dan anak-anaknya kepada umum. Jelasnya,

Saya ingin berkongsi tentang keluarga dan bayi comel saya yang sedang membesar. Tetapi sesetengah orang akan bersikap negatif bila saya berkongsi tentang kehidupan peribadi saya dan ada juga yang bertanya ‘Kenapa awak sembunyikan tentang keluarga awak?’ bila saya tak tunjuk.

rain

Sambung Rain lagi,

Saya tak boleh nak gembirakan semua orang jadi saya pilih untuk tidak bercakap mengenainya sama sekali. Sama ada tentang keluarga saya mahupun kehidupan peribadi kami. Kalau saya datang jadi tetamu dalam mana-mana rancangan pun, saya mengelak dari menjawab soalan tentang keluarga saya.

Itulah tu, dah tunjuk salah, tak tunjuk pun salah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...