Ikuti Kami:

“Saya Akan Cuba Yang Terbaik” – Selepas Keluar P NATION, Jessi Kongsi Akan Buka Agensi Sendiri

“Saya Akan Cuba Yang Terbaik” – Selepas Keluar P NATION, Jessi Kongsi Akan Buka Agensi Sendiri

Pasti ramai sudah mengetahui bahawa Jessi sememangnya seorang selebriti yang amat terbuka dalam menyuarakan pendapatnya dalam setiap perkara.

Bagi yang belum tahu, pada Julai lepas, Jessi telah keluar dari agensi P NATION selepas 3 tahun bekerjasama. Memandangkan ia adalah berita mengejut, ramai yang membuat spekulasi bahawa ada konflik yang berlaku antara Jessi dan PSY.

Bagaimanapun, ketika di konsert jelajah Eropah yang dilakukan Jessi baru-baru ini, penyanyi rap itu mendedahkan perkara sebenar sambil menjelaskan bahawa dia ingin memulakan fasa baru dalam hidupnya. Kongsinya,

Orang fikir saya meninggalkan P NATION dengan syarat yang tidak baik namun, ianya tidak. Saya ingin semacam..ini kali pertama saya bercakap tentang ini. Saya mahukan lembaran baru dalam hidup saya. Saya sangat berterima kasih kepada PSY oppa.

jessi

Kemudian, dia turut berkongsi rancangan masa depannya dengan memberitahu bahawa dia akan membuka agensinya sendiri. Jelas Jessi,

Saya memutuskan untuk membuka agensi saya sendiri. Saya telah melakukannya (penyanyi) selama 18 tahun. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi saya akan cuba yang terbaik.

Selamat maju jaya buat Jessi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...