Pantas betul masa berlalu, Park Shin-hye pun sudah berkahwin dan bergelar seorang ibu kini.
Baru-baru ini, Park Shin-hye telah tampil sebagai tetamu dalam sebuah rancangan ‘Dingo Music’ di YouTube, di mana wanita itu ada membuka cerita tentang pelbagai perkara.
Dalam siaran tersebut, pelakon “The Heirs” itu ada berkongsi tentang cara dia menghadapi cabaran hidup tambahan pula sudah menjadi seorang ibu. Kongsi Park Shin-hye,
Saya biasanya akan berjalan-jalan untuk mendapatkan udara segar atau pergi memancing dengan ayah saya. Malam ini sangat tenang. Awak mungkin fikir ‘bulan tidak mempunyai bunyi’ tetapi saya rasa seperti saya boleh mendengar bunyi bulan di langit malam. Ia sangat sunyi.
Kemudian mengenai bagaimana dia menghilangkan keletihan, pelakon berusia 33 tahun itu mendedahkan,
Tidak kira betapa letihnya saya atau berapa banyak perkara lain yang saya perlu lakukan, saya akan cuba untuk mendapatkan urutan.
Fighting Park Shin-hye!