Oh Sae-bom yang terkenal melalui program “Mnet ProduceX 101” baru-baru ini memuat naik satu posting melalui akaun rasmi Instagramnya yang telah mengejutkan dan menyedihkan ramai pihak.
Melalui akaun Instagram peribadinya, (@saebomoh) dia membuat satu pengumuman dimana dia sedang menghidapi penyakit kanser darah ataupun limfoma malignan awal tahun ini. Dia berkata bahawa dia sedang bertarung dengan kanser tersebut dan sedang mendapatkan rawatan yang tepat. Para peminat dari dalam dan luar negara sangat sedih dengan berita itu.
Oh Sae-bom sangat tidak menjangkakan penyakit tersebut kerana dia sedang melakukan pelbagai persiapan untuk aktivitinya. Sekitar Januari lalu, dia menjalani pemeriksaan kesihatan dan terdapat beberapa ketulan darah di dalam badannya. Perkara tersebut jelas mengganggu kehidupan normalnya.
Dalam pada itu, banyak juga aktivitinya yang terjejas dan lebih menyukarkan lagi apabila dia tidak lagi boleh menyembunyikan perkara tersebut kerana dia perlu mendedahkan badannya untuk aktiviti seperti ‘modelling’. Oh Sae-bom sudah menyepi dari Instagram sudah hampir 2 bulan dan dia menerima pelbagai reaksi daripada peminat, maka dia merasakan bahawa dia harus memberitahu kepada para peminatnya.
Setakat ini, Oh Sae-bom telah menjalani 5 rawatan kemoterapi. Setelah berkongsi mengenai perjalanan melawan penyakitnya itu,mendedahkan perjuangannya dengan penyakit itu, dia menerima banyak sokongan dan galakan bukan sahaja daripada orang di sekelilingnya, tetapi juga daripada peminat di dalam dan luar negara.
Di umur yang muda, Oh Sae-bom sudah melalui masa yang sukar untuk melawan penyakit itu, tetapi dia tetap menghadapinya dengan baik. Dia berpendapat bahawa dia perlu berkongsi semangat ini dengan mereka yang menerima ujian sama seperti dirinya.
Semoga Oh Sae-bom terus cekal menjalani rawatan dan kekal positif. Diharapkan semoga Oh Sae-bom juga akan kembali bergiat secara aktif semula dalam industri di masa akan datang.
Semoga cepat sembuh!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.