Ikuti Kami:

“Saya Ada Terfikir..” – Joo Hyunyoung Jawab Jika Boleh Bawa Watak Woo Youngwoo

“Saya Ada Terfikir..” – Joo Hyunyoung Jawab Jika Boleh Bawa Watak Woo Youngwoo

Selepas “Extraordinary Attorney Woo”, tidak dinafikan bahawa pelakon Joo Hyun-young semakin menjadi bualan ramai kini.

Pada temu bual yang dilakukan bersama pelakon itu baru-baru ini, Joo Hyun-young ditanya pendapatnya jika dia diberi tanggungjawab untuk memainkan watak Woo Young-woo dalam “Extraordinary Attorney Woo”. Dia ketawa sambil menjawab,

Saya ada terfikir tapi saya cepat melupakan tentang itu.

Joo Hyun-young menjelaskan sebabnya,

Saya masih belum cukup baik untuk memainkan watak seperti Woo Young-woo. Penulis skrip Moon Ji-won berkata dia menunggu lama untuk mengambil Park Eun-bin unnie untuk peranan itu. Terima kasih kepada semua pengalaman, masa dan pengetahuan yang dia kumpulkan sepanjang kerjaya lakonannya, Eun-bin unnie dapat membawakan peranan ini dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton.

joo hyunyoung

Kemudian, pelakon itu turut mendedahkan bahawa dia sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan Park Eun-bin untuk drama debutnya. Dia berkongsi,

Pada masa hadapan, apabila saya dapat melakonkan watak utama yang bertanggungjawab untuk mengetuai keseluruhan drama, saya rasa saya perlu melihat kembali apa yang Park Eun-bin telah lakukan.

Semoga dapat tengok Joo Hyun-young berlakon dalam banyak drama lagi selepas ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...