Sehingga kini, pasti masih ramai yang rindu ingin lihat telatah Lee Kwang-soo dalam “Running Man” kan?
Dalam episod terbaru program “Reap What You Sow”, pelakon Lim Ju-hwan dan Jung Soo-kyo telah tampil sebagai tetamu, menggantikan ahli tetap D.O. EXO yang tiada sementara kerana jadual peribadinya.
Ketika sedang berada di dalam kereta untuk ke satu lokasi, Lee Kwang-soo tiba-tiba meluahkan perasaannya ketika merakam episod lalu “Running Man”, di mana Lim Ju-hwan membuat penampilan sebagai tetamu. Kongsi lelaki itu,
Apabila Ju-hwan muncul di ‘Running Man’ pada masa lalu, kami sedang mencari siapa pelakunya. Tetapi kami tidak sepatutnya membiarkan pasukan lain mendengar apa yang kami bincang jadi kami bercakap di dalam bilik air sambil membuang air kecil. Kami harus berbisik dan tiada kamera di kawasan titik buta di mana saya berdiri.
Adu Lee Kwang-soo lagi membuatkan ramai tertawa,
Saya ada bercakap ketika itu tetapi kerana Ju-hwan hyung, saya langsung tidak kelihatan dalam siaran.
Kwang-soo ni tak pernah tak kelakar tau!