Dah pun menjadi suami dan bapa, keutamaan Song Joong-ki sekarang semestinya adalah keluarganya kan.
Baru-baru ini, Song Joong-ki telah menghadiri acara pertunjukan fesyen untuk jenama Ralph Lauren, yang diadakan di Shanghai.
Dalam satu video yang dimuat naik, seorang pegawai eksekutif jenama itu bertanya kepada Song Joong-ki sekiranya dia akan menyertai acara pada hari esok.
Always a good man. Inherently beautiful inside out #SongJoongKi at #RalphLauren show in Shanghai 💙 https://t.co/Un2lsmHRbT pic.twitter.com/LrE23oieVD
— Song JoongKi 송중기 fan only (@KiAileNYC) April 2, 2025
Respon lelaki itu meraih perhatian ramai,
Terima kasih kerana menjemput tetapi saya perlu balik esok. Saya mempunyai dua anak kecil dan isteri saya menjaga mereka seorang diri. Jadi yeah.
Khususnya, ramai yang memuji dan bangga dengan sikap Song Joong-ki yang mengutamakan keluarga lebih dari kerjanya.
Untung Katy!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.