Ikuti Kami:

Satu Sekolah, Ramai Teruja Lihat Persahabatan Rapat Jennie BP Dengan Penyanyi Lelaki Ini

Satu Sekolah, Ramai Teruja Lihat Persahabatan Rapat Jennie BP Dengan Penyanyi Lelaki Ini

Selain ahli BLACKPINK, Jennie juga mempunyai ramai rakan selebriti lain.

Baru-baru ini, Jennie telah memuat naik beberapa foto di Instagram ketika dia pergi menghadiri konsert WOODZ atau nama sebenarnya Cho Seung-youn, memberikan sokongan buat rakannya itu.

Memandangkan wanita itu jarang memuat naik foto bersama mana-mana selebriti lelaki di media sosialnya, peminat rata-rata teruja melihat persahabatan rapat antara mereka.

Menarik perhatian, peminat perasan bahawa Jennie dan WOODZ sudah lama bersahabat apabila mereka turut menghadiri sekolah rendah yang sama dan juga menjadi pelatih di YG Entertainment.

Bukan itu sahaja, sebelum ini, Jennie pernah memberikan album BLACKPINK yang sudah ditandatangani dan koleksi barangannya dari ‘Gentle Monster’ kepada lelaki itu.

Selain itu, WOODZ juga tidak segan untuk memaparkan keakraban mereka dengan menyanyikan lagu solo Jennie “SOLO” di saluran YouTube “it’s Live”.

Supportive sangat tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...