Tinggal 3 episod sahaja lagi, pasti ramai yang dah tak sabar menanti apakah yang bakal berlaku terhadap semua penduduk Hera Palace pada penghujung “The Penthouse 2”.
Selepas pengumuman penulisan skrip “The Penthouse 3” sudah bermula baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya bilakah tayangan musim ketiga siri popular dan ‘menagihkan’ itu.
Menurut satu sumber, khabarnya “The Penthouse 2” akan memulakan tayangan pada Jun nanti dan merangkumi 12 episod kesemuanya. Pun begitu, ianya hanya akan menayangkan satu episod sahaja seminggu dan berkemungkinan besar hari tayangannya ialah Jumaat malan.
Banyak persoalan dan plot twist yang mungkin akan muncul lagi, rata-rata penonton sudah tidak sabar menantikan musim ketiga “The Penthouse”. Dan harapnya kebenaran akan berpihak pada yang baik!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.