Utama K-Pop Satu Agensi, Wheein MAMAMOO & Ailee Bakal Rilis Single Duet Bersama

Satu Agensi, Wheein MAMAMOO & Ailee Bakal Rilis Single Duet Bersama

wheein mamamoo ailee

Rakan label baharu Whee-in dan Ailee akan mengeluarkan single kolaborasi pertama mereka tidak lama lagi!

Awal bulan Julai tahun ini, artis solo Ailee menandatangani kontrak sebagai artis pertama The L1VE, label muzik terbaru yang diketuai oleh Ravi VIXX. Pada bulan Ogos, ahli MAMAMOO Whee-in juga telah sertai The L1VE, mengembangkan keluarga di label tersebut.

Kini, kedua-dua vokalis power akan menguji ‘chemistry’ mereka dengan keluaran single duet, akan datang pada pertengahan Disember!

wheein mamamoo aileeSementara itu, Ailee baru-baru ini mendapat perhatian kerana kepulangannya yang ditunggu-tunggu dengan album penuh ke-3, “Amy”. Ahli MAMAMOO dan juga artis solo, Whee-in baru-baru ini mengeluarkan OST untuk drama MBC “The Red Sleeve”, bertajuk “I Wish”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERStar News
Loading...