Ikuti Kami:

Satu Agensi, Junho 2PM Hantar Trak Kopi & Lawat STRAY KIDS Di Set Muzik Video ‘MANIAC’

Satu Agensi, Junho 2PM Hantar Trak Kopi & Lawat STRAY KIDS Di Set Muzik Video ‘MANIAC’

Jun-ho 2PM telah memberi kejutan buat STRAY KIDS di set muzik video terbaru mereka!

Pada 29 Mac, STRAY KIDS telah mengeluarkan video pembikinan muzik video “MANIAC”, yang menunjukkan gambaran yang menyeronokkan di sebalik tabir penggambaran.

Pada hari kedua penggambaran muzik video, Jun-ho 2PM telah hadir bagi memberikan sokongannya kepada rakan label JYP Entertainment dengan menghadiahkan kumpulan itu sebuah trak kopi, dan dia juga secara peribadi melawat set itu untuk menghiburkan ahli.

Dalam video itu, STRAY KIDS dengan terujanya mengucapkan terima kasih kepada ahli 2PM itu selepas bergambar bersama-sama, dan Felix dengan penuh rasa terima kasih berkata,

Jun-ho hyung sentiasa menghantar trak kopi kepada kami. Saya tidak tahu bagaimana untuk membalas semua cintanya.

Seperti yang Felix katakan, Jun-ho juga pernah melawat STRAY KIDS untuk menyokong mereka secara peribadi di set penggambaran muzik video “I am YOU” sebelum ini. Supportive betul!

Tonton video penuh pembikinan muzik video “MANIAC” di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...