Sapa Peminat Satu Persatu Di Perjumpaan Peminat, Tindakan Baik Lee Jongsuk Dipuji
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Peminat mesti tak percaya kalau idola mereka menyambut sendiri kedatangan masing-masing di perjumpaan peminat kan?
Hal itu yang terjadi di perjumpaan peminat Lee Jong-suk iaitu ‘RE: Jongsuk’ yang berlangsung di Dewan Bluesquare Mastercard di Seoul.
Sungguh tidak dijangka apabila lelaki itu sendiri dilihat menyapa peminat di pintu masuk dan menghulurkan lightstick untuk setiap seorang daripada mereka.
입장할 때 이종석 배우님이 응원봉 나눠줌ㅠㅠ
얼굴 개작다 ….. 비율 개좋다 …. #이종석 pic.twitter.com/ySDo67Wvwf— 하루☼ (@haru_ljs) September 12, 2022
Kata peminat,
Bermurah hati betul..
Cemburunya,,
Dia juga keluar untuk hi-touch peminat semasa keluar.
Baiknya dia.
Saya berada di situ dan ianya merupakan hari paling gembira buat saya. Sayangnya buat peminat sangat mendalam.
Kalaulah idola saya buat macam tu, mesti saya pengsan..
Macam ni lah perjumpaan peminat, dapat jumpa betul-betul berhadapan.
Keseluruhan acara, termasuklah hadiah percuma, menyapa di pintu masuk dan hi-touch.. ia hanyalah untuk 55,000 won (RM180)
Bestnya peminat Lee Jong-suk!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




