Ikuti Kami:

Sanha ASTRO Tangguh Aktiviti Selepas Dijangkiti COVID-19 Buat Kali Ke-2

Sanha ASTRO Tangguh Aktiviti Selepas Dijangkiti COVID-19 Buat Kali Ke-2

Umum pasti amat mengenali kumpulan penyanyi ASTRO yang sangat bergiat aktif dalam industri muzik K-pop buat masa kini. Dalam pada itu, di sebalik kesibukan menjalankan aktiviti dan promosi mereka, salah seorang ahlinya, San-ha telah dijangkiti COVID-19 untuk kali kedua dalam masa kurang daripada dua bulan.

Terbaru, agensi ASTRO, Fantagio Entertainment secara rasmi mengumumkan bahawa San-ha telah disahkan positif COVID-19 selepas mengalami simptom selsema ringan. Sebelum ini, kedua-dua ahli ASTRO, San-ha dan Moon-bin dijangkiti virus itu pada awal Mac, dan keduanya pulih tepat pada masanya untuk kemunculan semula mereka pada lewat bulan itu.

sanha

Fantagio Entertainment telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut,

Hello. Ini adalah Fantagio.

Pada 22 April, artis kami, Yoon San-ha dari ASTRO telah menggunakan kit ujian kendiri untuk pemeriksaan COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga kerana kesihatannya menjadi lebih teruk, dan keputusan ujiannya negatif.

Bagaimanapun, kerana keadaannya makin bertambah buruk, dia menjalani ujian antigen dan keputusan ujiannya kembali positif hari ini (23 April). Pada masa ini, Yoon San-ha hanya mengalami simptom selsema ringan dan dia merancang untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada rawatan dan pemulihan mengikut garis panduan pihak berkuasa kesihatan kerajaan.

Disebabkan perjalanan jadual mereka bertindih, lima ahli ASTRO yang lain selain Yoon San-ha akan serta-merta menjalani ujian antigen, dan keputusan ujian mereka kembali negatif.

Oleh itu, amat sukar bagi Yoon San-ha untuk mengambil bahagian dalam aktiviti seperti yang dijadualkan, dan kami akan membuat pengumuman lain mengenai kemunculan semula mereka dalam aktiviti selepas tarikh tamat kuarantin telah disahkan.

Selain itu, acara panggilan video “REFUGE” Moon-bin dan San-ha serta acara tandatangan peminat yang dijadualkan pada 23 April dan 24 April telah ditangguhkan, dan kami akan membuat pengumuman mengenai penjadualan semula tarikh pada masa akan datang.

Kami meminta pemahaman anda mengenai perkara kerana kami telah menimbulkan kebimbangan kepada ramai orang. Kami akan terus mengambil kira kesihatan artis dan kakitangan kami sebagai keutamaan kami, dan kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan artis kami pulih dengan cepat sambil mematuhi garis panduan pihak berkuasa kesihatan kerajaan.

Terima kasih.

Diharapkan agar kedua-dua ahli ASTRO ini akan segera pulih dan boleh kembali bergiat aktif dalam menjalani aktiviti dan menjalani promosi seperti biasa. Para peminat semestinya akan sentiasa mengharapkan kesihatan yang baik buat idola mereka.

Kekal semangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...