Ikuti Kami:

“Sanggup Korban Wajah” – Song Jihyo Dipuji Semakin Riang & Kelakar Dalam ‘Running Man’

“Sanggup Korban Wajah” – Song Jihyo Dipuji Semakin Riang & Kelakar Dalam ‘Running Man’

Meskipun sudah 13 tahun berlalu, sepertinya masih ramai lagi yang setia menonton “Running Man” hingga kini.

Antara ahli yang sering mendapat perhatian ramai ialah Song Ji-hyo di mana dia pernah menerima kritikan sebelum ini kerana dilihat kurang aktif dan bersemangat dalam kesemua misi di setiap episod.

Pun begitu, pelakon tersebut membuktikan bahawa dia sedia menerima kritikan dan mengubah personalitinya apabila semakin aktif kini. Malah dia juga semakin bebas berkelakuan terutamanya dalam episod terbaru ini.

Kembali dengan aksi rawak, Song Ji-hyo menimbulkan tawa penonton apabila mencuri burger dari staf dan menyembunyikannya di dalam beg sandang miliknya ketika di awal episod.

Malah dalam misi di mana mereka perlu meniru ekspresi yang dipaparkan, wanita tersebut tanpa teragak-agak mengerutkan wajahnya untuk menyampaikan setiap gambar yang dipaparkan. Komen penonton, ‘Lakonan wajahnya memang hidup’, ‘Kelakarlah dia’, ‘Saya tak terfikir pun dia akan curi burger’, dan banyak lagi.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...