Ikuti Kami:

Sanggup Dibotakkan Kepala Dalam ‘The King Of Tears’, Pelakon 19 Tahun Ini Raih Perhatian

Sanggup Dibotakkan Kepala Dalam ‘The King Of Tears’, Pelakon 19 Tahun Ini Raih Perhatian

Bukan senang mahu menjadi pelakon, tambahan pula apabila anda ialah pelakon yang baru dan kurang pengalaman.

Meskipun pernah terpalit dengan kontroversi dahulu kerana kes penderaan haiwan, “King Of Tears, Yi Bangwon” kembali menemui penonton kini. Baru sahaja reda, drama bersejarah itu sekali lagi menjadi perbualan ramai baru-baru ini.

Dalam episod terbaru ini, Yi Bang-won (Joo Sang-wook) mula menyingkirkan pengikut Lee Seong-gye (Kim Young-cheol). Oleh sebab itu, lelaki itu membawa Puteri Gyeong-sun ke sebuah kuil untuk menyelamatkannya. Demi menyorokkan identiti puteri itu, dia memilih untuk membotakkan kepala dan mula hidup sebagai sami perempuan.

choi dahye king of tears

Siapa sangka watak itu dibawa oleh seorang pelakon yang baru berusia 19 tahun dan bernaung di bawah YG Entertainment kini. Choi Da-hye yang menunjukkan kesungguhan sebagai seorang pelakon selain memaparkan emosi yang menyentuh hati telah membuatkan penonton memujinya.

Choi Da-hye yang membawa watak Puteri Gyeong-sun dilahirkan pada 2003 dan merupakan alumni Sekolah Menengah Seni Persembahan Seoul dan baru sahaja memasuki Universiti Wanita Sungshin baru-baru ini.

choi dahye king of tears

Khabarnya, semasa uji bakat untuk watak berkenaan, memang terdapat syarat di mana sesiapa yang mahu menyertainya perlu mempunyai bentuk wajah yang cantik kerana dia bakal dibotakkan dalam drama tersebut. Sepertinya Choi Da-hye cekal menerima syarat berkenaan meskipun terpaksa mengorbankan rambut ikalnya.

Dalam pada itu, pelakon wanita itu pernah muncul dalam naskhah seperti “A Midsummer’s Memoris”, “Goddess Of Vengeance”, “Gangnam Scandal” dan “Confession”.

Hebat kan Choi Da-hye?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...