Ramai yang sedih selepas “Shooting Star” melabuhkan tirainya beberapa hari lalu.
Terbaru, Park So-jin yang membawa watak wartawan bernama Jo Ki-bbeum telah berkongsi cerita di sebalik tabir penggambaran drama itu. Malah dia sempat berkongsi mengenai babak bersama Song Ji-hyo yang muncul sebagai kameo.
Apabila ditanya mengenai episod paling diingati, Park So-jin memilih babak bersama Song Ji-hyo di mana mereka berbaring ketika menjalani temubual.
Babak bersama Ji-hyo unni juga sangat menyeronokkan. Ramai yang bertanya sekiranya babak ini dilakukan secara spontan tapi tidak sebenarnya. Memang ianya ditulis dalam skrip. Saya merupakan seorang yang sukar untuk berhadapan dengan orang lain, sebab itu penggambaran itu sangat menyeronokkan.
Semua memang gelak tengok babak tu~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.