Ikuti Kami:

“Sangat Berbakat!” – Dipuji Penonton, DOLLA Dilapor Sertai Rancangan Survival Lay EXO Di China?

“Sangat Berbakat!” – Dipuji Penonton, DOLLA Dilapor Sertai Rancangan Survival Lay EXO Di China?

Baru-baru ini telah tular di media sosial selepas beberapa netizen dari China mendedahkan bahawa DOLLA telah mengambil bahagian di dalam rancangan persembahan survival di China.

“Show It All” merupakan rancangan survival yang diterbitkan oleh Lay EXO. Di mana, rancangan yang bertempat di China itu bertujuan untuk mempromosikan pelatih-pelatih serta penyanyi kumpulan idola dari pelbagai buah negara.

Antara kumpulan idola yang dikatakan menyertai rancangan tersebut ialah BOYS WORLD dari Amerika Syarikat, PIXXIE dari Thailand, beberapa orang pelatih China dan juga DOLLA dari Malaysia.

“Show It All” akan mengandungi sebanyak tiga buah pusingan di mana kesemua peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan bertanding dalam pelbagai jenis cabaran bagi menentukan persembahan siapa yang terbaik.

dolla-show-it-all

Tidak ketinggalan juga, rata-rata penonton yang hadir ke lokasi penggambaran telah memuji persembahan DOLLA dan meluahkan perasaan kagum mereka terhadap kumpulan tersebut.

Antara komen netizen China terhadap persembahan DOLLA ialah,

Mereka sangat berbakat!

 

Persembahan DOLLA sangat menakjubkan.

 

Nama kumpulan yang lawan pelatih dari China itu DOLLA!

 

Siapa DOLLA?

Sementara itu, rancangan “Show It All” ini dikatakan akan mula ditayangkan di Mango TV bermula Mac ini.

Wah! Terbaiklah DOLLA..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...